Sejarah Power Point

Perisian persembahan Microsoft Powerpoint  merupakan idea dari seorang bekas pelajar Ph.D Berkeley iaitu  Robert Gaskins pada tahun 1984. Hasil idea beliau adalah untuk menghasilkan sebuah perisian bagi memudahkan pengguna memanipulasi setiap paparan persembahan (slide). Perisian prototaip yang dihasilkan dinamakan “Presenter”, kemudian nama ditukar kepada “PowerPoint ” untuk di komersialkan kepada pengguna.

Idea  Robert Gaskins ini telah dibagunkan untuk Syarikat Apple Macintosh dengan mengeluarkan PowerPoint 1.0 pada tahun 1987. Pada mula perisian ini dalam bentuk hitam dan putih mampu untuk memanipulasi teks dan grafik dan di cetak keatas plastik lut cahaya untuk projektor OHP.

Kemudian PowerPoint telah dibeli oleh Microsoft Corporation dengan nilai 14juta. Pada tahun 1990, PowerPoint telah dikelompokkan dalam sebahagian dari pembangunan Microsoft Office bersama Ms Word dan  Ms Excel menjadi satu gabungan perisian manipulasi teks, grafik dan nombor.

Pada tahuan 2002, perisian power point telah ditambah baik dengan pelbagai fungsi seperti menyediakan ciri-ciri membanding dan menggabungkan paparan persembahan, fungsi memanipulasi pergerakan animasi, pemilihan objek , tetingkap kerja bagi memilih teks dan objek, katalaluan untuk fail powerpoint, keupayaan menjana slide album gambar secara automatik, keupayaan untuk menyimpan fail dalam beberapa format yang lan

Langkah Microsoft dalam menggabungkan powerpoint sebagai salah satu dari perisian di dalam Mincosoft Office menjadikan ia perisian persembahan yang mudah untuk diperolehi dan paling banyak digunakan oleh penggunakan komputer.   Fail powerpoint juga boleh dikongsikan kepada pengguna lain dan boleh membukanya dengan menggunakan perisian laian seperti Apple KeyNote, OpenOffice.org Impress. Namun begitu terdapat fungsi yang disokong oleh windows tidak dapat berfungsi pada perisian lain dengan platform sistem operasi yang berbeza contoh sistem operasi Mac.